Diterajui Ji Sung & Jeon Mido, Drama Thriller ‘Connection’ Bakal Temui Penonton Tahun Ini

2 Jan 2024 • 3:31 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Wah, ada drama baru lagi!

“Connection” ialah filem thriller jenayah baharu yang dibintangi Ji Sung sebagai Jang Jae-kyung, seorang detektif disegani yang merupakan juga bekerja di bawah unit narkotik. Manakala Jeon Mi-do akan membawa watak sebagai Oh Yoon-jin, seorang wartawan yang berpendirian tinggi dan lantang yang bekerja di sebuah syarikat akhbar.

Teaser khas yang baru dikeluarkan ini bermula dengan laporan berita yang mengumumkan bahawa jenayah berkaitan dadah telah meningkat dengan pesat dan kerajaan sedang melancarkan strategi untuk menghalang kegiatan melibatkan dadah.

Tambahan, pihak SBS juga mengeluarkan kenyataan bahawa drama baru itu dijangka akan ditayangkan pada tahun ini.

Tak sabarnya nak tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.