Ditipu Skim Pinjaman Tidak Wujud Dalam Talian, Penjual Ikan Di Sibu Rugi RM 69,700

16 Jul 2022 • 12:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Scammer tersebut menyamar sebagai Pegawai Bank.

Ditipu Skim Pinjaman Tidak Wujud Dalam Talian, Penjual Ikan Di Sibu Rugi RM 69,700. Hasrat seorang penjual ikan untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM 60,000 tidak kesampaian apabila dia berputih mata mengalami kerugian sebanyak RM69,700 selepas terpedaya dengan skim pinjaman yang tidak wujud itu.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 38 tahun pada mulanya tertarik dengan skim pinjaman ditawarkan oleh suspek menerusi Facebook dan suspek telah menyamar sebagai pegawai bank.

image is not available
Ditipu Skim Pinjaman Tidak Wujud Dalam Talian, Penjual Ikan Di Sibu Rugi RM 69,700

13 Transaksi telah dibuat melibatkan kerugian sebanyak RM 69,700

Berdasarkan laporan, suspek telah berkenalan dengan mangsa sejak Jun lalu di Facebook dan 13 transaksi telah dibuat melalui perbankan Internet dan mesin deposit tunai (CDM) melibatkan keseluruhan bayaran berjumlah RM69,700 ke dalam lapan akaun bank.

Kesemua pembayaran tersebut kononnya untuk proses pinjaman termasuk dokumen perbankan, pendaftaran, yuran pemprosesan dan pembayaran cukai bagi kelulusan segera.

image is not available
gambar sekadar hiasan

Turut dijanjikan pulangan semula wang

Mangsa juga dijanjikan pulangan semula wang berkenaan setelah mendapat kelulusan pinjaman, namun semuanya penipuan semata-mata.

Mangsa berasa curiga dan mengesyaki telah ditipu selepas gagal menghubungi ‘pegawai bank’ itu dan tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Merah semalam.

Hati-hati dengan sindiket penipuan ini dan orang ramai diminta untuk lebih berwaspada dengan membuat semakan mengenai kesahihan perkhidmatan pinjaman dalam talian dengan pihak bank bagi menggelakkan diri ditipu.

Ketahui sindiket penipuan dalam talian dan bagaimana mengesan serta mengelaknya: