Ditolak Rakan Sekolah, Budak Perempuan Kini Stabil Selepas Tujuh Jam Jalani Pembedahan

LocalFamily & Parenting
15 Aug 2025 • 12:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kepala selama tujuh jam, dipercayai akibat terjatuh selepas ditolak seorang rakan di sekolah. Kanak-kanak itu sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

image is not available

Menurut laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail, berkata kejadian berlaku pada Isnin lalu kira-kira jam 6.45 petang di tapak perhimpunan sekolah, ketika kanak-kanak tersebut menemani ibunya yang sedang membuat persiapan pentas untuk Program Sambutan Hari Lahir Peringkat Sekolah.

image is not available

“Ketika bermain bersama rakan sebaya, kanak-kanak itu terjatuh. Keadaannya pada awalnya kelihatan normal tanpa sebarang kecederaan luaran. Namun, kira-kira jam 2 pagi keesokannya, dia didapati tidak sedarkan diri. Dia kemudian dibawa ke Hospital Mersing sebelum dihantar ke HSA untuk pembedahan bagi mengeluarkan pendarahan di kepala,” katanya.

image is not available

Sebelum ini, ibu kanak-kanak itu, Zalinda Lin, memohon orang ramai untuk mendoakan anaknya, Aisyah Sofia Rohaizan, yang kini sedang bertarung nyawa akibat komplikasi dipercayai berpunca daripada insiden ditolak rakan di sekolah.

Sumber: Harian Metro (Mary Victoria Dass)