Dituduh ‘Buat’ Hidung, Daiyan Trisha Jawab Dakwaan Orang Ramai -“Orang Boleh Kata Apa Saja..”

6 Sep 2023 • 1:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan juga pelakon, Daiyan Trisha menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya melakukan pembedahan di bahagian muka untuk kelihatan cantik.

Ujar Daiyan, dia enggan ambil pusing dengan kata-kata netizen dan maklum mengenai cerita-cerita yang berbangkit mengenai dirinya itu.

Katanya lagi, ‘perbezaan’ di wajahnya itu adalah disebabkan penggunaan ‘filter’ ketika mengambil foto.

Bukan pembedahan plastik tapi saya suka guna ‘filter’ ketika berswafoto.

Saya suka guna filter tidak kira dalam Instagram mahupun TikTok terutama ketika swafoto yang mungkin menyebabkan wajah saya kelihatan agak berbeza.

Tambah Daiyan, dia bersyukur dengan kurniaan semula jadi yang diberi Allah S.W.T dan orang di luar sana boleh berkata apa sahaja.

Orang boleh kata apa sahaja, kalau bersemuka dengan saya mereka akan temui jawapan.

Terdahulu, nama Daiyan disebut-sebut sesetengah netizen yang mendakwanya membuat pembedahan plastik terutamanya di bahagian hidung.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 8 hours ago

"The Best Gift From Husband.." - Intan Najuwa Dapat Hadiah Kuda Putih Sempena Hari Jadi, Beri Nama Trulala