
PETALING JAYA: Pemain Sabah FC, Mohd Rizal Ghazali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan mencederakan kekasihnya dan merosakkan telefon bimbitnya di sebuah hotel dua minggu lalu.
Menurut Sinar Harian, bekas pemain Harimau Malaya berusia 31 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Pemain pertahanan itu didakwa memukul Hani Farhana Hasrul Sani, 37, dan melakukan khianat dengan merosakkan telefon bimbit mangsa yang kerugiannya dianggarkan mencecah RM4,500.
Dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di sini pada 6 pagi 7 Jun lalu.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Bagi dakwaan mencederakan kekasihnya, Rizal didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tuduhan merosakkan telefon pula dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal mencadangkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan tidak mengganggu mangsa serta saksi.
Namun, peguam Suraj Singh yang mewakili tertuduh merayu kadar ikat jamin dikurangkan kerana anak guamnya memberi kerjasama baik kepada polis sepanjang siasatan, selain perlu menanggung ibu bapanya dan tiada risiko melarikan diri.
Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan dicadangkan pihak pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
