Dituduh jadi pembelot bangsa, Syahredzan & Rara akan saman ADUN Kuala Sentul

LocalPolitics
30 Apr 2025 • 5:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dituduh jadi pembelot bangsa, dua Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman akan saman Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin.

Menerusi satu kenyataan bersama, mereka mendakwa Jasri telah memuat naik status yang mengandungi kata-kata berunsur fitnah di laman Facebook beliau.

Dituduh jadi pembelot bangsa

image is not available

“ADUN itu antara lain, mengatakan bahawa kami sanggup menjadi ‘sukarelawan untuk jadi pembelot bangsa’ serta kata-kata lain yang memfitnah kami.

“Kami memandang serius perkara ini, kerana sebelum ini kami sentiasa difitnah oleh pengikut Perikatan Nasional (PN) di alam maya. Kami tidak sangka perangai ini dicerminkan juga oleh pemimpin mereka seperti ADUN ini,” ujarnya.

Dituduh jadi pembelot bangsa

image is not available

Syahredzan yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan Young Syefura, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP turut meluahkan rasa kecewa kerana seorang wakil rakyat beragama Islam seperti ADUN Pahang sanggup memfitnah mereka sejurus berakhirnya bulan Syawal.

Dalam pada itu, mereka menitipkan nasihat agar semua wakil rakyat dan pemimpin PN untuk berhati-hati dalam tutur kata.

“Kami akan mendapatkan nasihat peguam dan memulakan tindakan undang-undang terhadap beliau.

“Jangan lupa sebelum ini, pemimpin-pemimpin PN sudah diarahkan membayar pampasan disebabkan mahkamah mendapati mereka memfitnah,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Syahredzan dan Young Syefura meluahkan hasrat mahu tarik lebih ramai orang Melayu untuk sertai DAP selain mengubah tanggapan negatif terhadap parti mereka.

image is not available

image is not available

Syahredzan menjelaskan DAP selama ini sebenarnya tak pernah pinggirkan atau tolak kepentingan orang Melayu, Islam mahupun institusi Raja-Raja Melayu.

Katanya lagi, perkara tu dah lama ditegaskan oleh ramai pemimpin DAP sebelum ni, cuma mungkin masih ramai yang salah faham atau termakan dengan persepsi yang tak benar.

Sumber: Facebook @Syahredzan Johan