Dituduh Jadi Punca Emma Maembong Buka Tudung, Natasha Elyzza Kesal Ada Yang Ungkit Kisah lama Dengan Fathia Latiff

Entertainment
4 Sep 2023 • 11:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Natasha Elyzza tampil meluahkan rasa kesal apabila namanya ‘dipetik’ sesetengah pihak yang mendakwa dia menjadi punca aktress Emma Maembong tidak lagi berhijab sejak beberapa tahun lalu.

Natasha memberikan respon setelah dia menerima komen daripada seorang individu yang menyatakan dia seolah-olah ‘menghasut’ Emma dan turut ‘memetik’ nama Fathia Latiff gara-gara kontroversi mereka berdua dahulu.

Berikutan itu, Natasha memaklumkan bahawa dia berkawan dengan semua orang dan tidak akan menghasut orang sekeliling untuk membuat perkara buruk.

Saya berkawan dengan semua orang. Tidak kisah siapa mereka itu. Dan saya percaya semua orang ada sisi baik. Tak semuanya jahat. Tasha sejenis, nak nakal, nakal seorang tak payah nak hasut orang buat sekali.

image is not available

Sumber : Instagram  

Pasal kes Fathia, kepada sesiapa yang masih belum ‘move on’, tolong buat research dulu pasal kes ni. Ya, saya yang buat live tersebut, tapi untuk menghasut dan mengajar orang buat benda bukan bukan tu semua adalah fitnah.

Dia juga meminta agar semua pihak membuka buku baru dan memohon maaf sekiranya dia ada tersilap kata atau mengguris hati sesiapa di luar sana.

image is not available

Sumber : Instagram  

Terdahulu, Natasha dan Fathia pernah mencetuskan kontroversi apabila mereka berdua dilaporkan beraksi keterlaluan ketika bersiaran langsung di aplikasi ‘Bigo’.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

"Nak Tahu Kontroversi Yang Sebenar?" - Ahirinie Ahiruddin 'Bidas' Kenyataan Aedy Ashraf Susulan Kontroversi Foto Mesra Di IG