Dituduh kawan makan kawan, usahawan kecewa dianiaya ‘Chef Nasi Arab’

LocalFood
8 Aug 2023 • 12:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Juadah nasi Arab yang pernah viral sebelum ini sememangnya kerap mendapat sambutan masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi dimasak oleh seorang chef selebriti terkenal.

Luahan usahawan kecewa perangai chef selebriti

Susulan daripada itu, usahawan yang menjalankan perniagaan penghantaran makanan-makanan viral di seluruh semenanjung Malaysia dikenali sebagai Mohd Akiff atau King Of Roadtrip telah meluahkan kekesalan keatas chef selebriti yang popular dengan nasi Arab.

Ujarnya dalam luahan panjang lebar di Facebook, dia bukanlah seorang pemilik produk dan hanya menyediakan perkhidmatan menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan.

image is not available

Dituduh tidak kenang budi

Namun begitu, dia berasa kesal dengan tindakan chef selebriti berkenaan kerana secara tiba-tiba mengeluarkan kata-kata kurang enak dengan menuduhnya tidak mengenang budi hanya disebabkan dia mengambil servis untuk produk yang lain.

Dia juga menjelaskan mengapa sudah tidak mengambil produk dari chef tersebut kerana kurang sambutan sejak Aidilfitri lalu.

Ujarnya, dia merupakan orang yang mencari makan melalui servis penghantaran dan akan melakukan sesuatu mengikut permintaan.

Namun, dia secara terus-terusan dituduh kawan makan kawan oleh chef berkenaan di siaran langsung Facebook hanya disebabkan hal tersebut.

image is not available

Semua modal keluar sendiri

Tambah Akiff lagi, segala pengiklanan yang dibuat menggunakan modalnya sendiri tanpa meminta dari chef tersebut. Dia juga tidak pernah menanggung segala kos melibatkan perjalanan dan juga kemalangan yang pernah terjadi sewaktu menghantar nasi Arab dari chef tersebut kepada pelanggan.

image is not available

Rasa sangat kecewa

Susulan daripada Akiff meminta pandangan pengguna media sosial sama ada perlu ataupun tidak untuknya membuat video basalan diatas segala tuduhan yang dibuat oleh chef itu untuk menjelaskan isu yang tidak jelas ini.

Dia akui berasa kecewa dengan sikap kurang profesional chef berkenaan walaupun sudah 30 tahun dalam industri tersebut.

Akiff juga berharap supaya chef nasi Arab itu tidak lagi memanjangkan isu dengan membuat video menuduhnya dengan pelbagai gelaran seperti dilakukan sebelum ini.

image is not available

Sumber: Facebook King of Roadtrip