Dituduh ‘Lingkupkan’ Perniagaan Peniaga, Jason Tampil Bersuara – “Saya Pelanggan Jadi Saya Jujur, Tekak Awak Dengan Saya Lain-Lain

EntertainmentFood
4 Feb 2025 • 10:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, terdapat seorang individu lelaki meluahkan rasa tidak puas hati di platform TikTok dengan konten yang sering dimuat naik oleh pempengaruh media sosial yang sering melakukan review makanan jujur dikenali sebagai Jason.

Dituduh nak jahanamkan perniagaan peniaga

Menurut lelaki terbabit, cara Jason memberi feedback mengenai makanan yang dirasai, seolah-olah menutup periuk nasi peniaga kerana tiada pelanggan yang datang ke kedai tersebut selepas influencer tersebut memberi reviu jujur.

image is not available

Kau nak tolong peniaga atau nak menjahanamkan peniaga? Orang tak panggil review, jangan datang. Janganlah jujur sangat.

Sedar mengenai video yang dimuat naik oleh individu terbabit, Jason tampil membalas dengan menyatakan dirinya juga sebagai seorang pelanggan, jadi tidak salah untuk dia memberi reviu yang jujur jika makanan yang dirasai tidak sedap atau sedap.

Tak salah selagi bersikap jujur

Dalam pada masa yang sama, influencer turut persoalkan kenyataan individu terbabit yang ‘menasihatinya’ untuk tidak datang ke kedai makanan jika tidak dijemput.

@scaredtodiemy plan was to review gastro hub today but

♬ original sound – Jason

Adakah awak kata kita sebagai pelanggan tak boleh tinggalkan Google Review hanya kerana kami tidak dapat official RSVP? Awak punya tekak dengan saya lain-lain.

Malah, Jason merasakan segala yang dilakukan olehnya tidak salah asalkan dia bersikap jujur dan meminta individu tersebut menukar nama TikToknya daripada ‘Kaki Review’ kepada ‘Kaki Promote’.

image is not available 4 weeks ago

Jason Reviu Sate Bhalut Mark Adam RM24 - “Memang Mahal, Tak Berbaloi..”