Dituduh Makan Babi Dan Minum Arak Di Pejabat, Tiong Cabar Tunjuk Bukti

6 Jan 2024 • 1:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiong memberi tempoh 2 minggu untuk mengemukakan bukti

Dituduh Makan Babi Dan Minum Arak Di Pejabat, Tiong Cabar Tunjuk Bukti. Dilaporkan bahawa, Menteri Pelancongan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing telah mencabar individu yang mendakwa dirinya minum minuman alkohol dan makan daging babi di pejabat untuk mengemukakan bukti bagi tuduhan berkenaan dalam tempoh dua minggu.

Dalam perkongsian beliau di Facebook hari ini, Tiong berkata bahawa beliau tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan fitnah seperti itu tidak berterusan pada masa hadapan.

image is not available
Dituduh Makan Babi Dan Minum Arak Di Pejabat, Tiong Cabar Tunjuk Bukti. Kredit gambar: FB Dato’ Seri Tiong King Sing

MOTAC di Putrajaya sentiasa menghormati satu sama lain

Pada masa yang sama beliau berkata bahawa di Pejabat Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Putrajaya, sentiasa menyemai samangat perpaduan dan saling menghormati satu sama lain.

Sejak menerajui Motac, beliau mengutamakan persekitaran harmoni dan memastikan pertumbuhan ekonomi negara berkembang dengan lancar seterusnya membolehkan agenda rakyat dilaksanakan.

Beliau menjawab mesej Whatsapp yang tular, mendakwa dirinya telah meminum alkohol dan makan daging babi di samping menyimpan minuman beralkohol itu di pejabatnya.

Tiong mengecam tuduhan tidak berasas berkenaan dan mengatakan bahawa individu berkenaan sengaja memburukkan namanya dan cuba mencetuskan ketegangan kaum.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Mesej palsu menyentuh sensitiviti agama dan kaum

Tambah beliau lagi, mesej itu bukan sahaja palsu malah ia juga menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang jelas ingin menimbulkan kebencian serta mencemarkan imej pentadbiran negara.

Jelas Tiong, setakat ini di pejabat beliau, tiada tukang cuci dan kebiasaanya pinggan serta mangkuk akan dicuci oleh siapa yang menggunakannya. Jika ada tetamu terutamanya kenamaan asing makanan akan ditempah dari restoran Cina dari Hotel di sekitar Putrajaya yang tidak menghidangkan babi.

Bagi tuduhan menyimpan minuman alkohol di pejabat pula, beliau berkata bahawa minuman berkenaan adalah hadiah daripada tetamu antarabangsa dan diterima oleh drinya sebagai tanda hormat.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Sebagai wakil penjawat awam, beliau tidak menolak pemberian berkenaan tetapi dalam masa yang sama adalah tidak wajar untuknya membawa pulang hadian itu sebagai hak mutlak apabila diberikan atas kapasiti perjumpaan rasmi.

Seboleh-bolehnya, beliau berkata pihaknya cuba menyerahkan pemberian ini kepada penerima lain seperti pegawai atau tetamu asing ketika majlis makan malam atau acara rasmi.

Oleh demikian, Tiong memberi amaran agar jangan sesekali cuba merosakkan keharmonian negara ini serta berani untuk bermain dengan api dan sengaja mewujudkan konflik perkauman serta kebencian demi kepentingan peribadi.

Saya harap kenyataan ini dapat menjernihkan keadaan dan menghentikan segala khabar angin yang nyata jika tidak dikawal bakal menjadi ‘barah’ kepada negara.

Dato’ Seri Tiong King Sing

Lagi berita terkini di sini untuk anda:

https://www.iloveborneo.my/kpdn-sarawak-rampas-12-ribu-liter-diesel/

https://www.iloveborneo.my/mayat-lelaki-temui-telaga-air-binatang-buas/