Dituduh Plagiat, Jualan Elrah Exclusive Tetap Cecah RM250 Juta

LocalBusiness & Finance
28 Mar 2025 • 11:53 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
elrah

Pengasas Elrah Exclusive, El Azman, mengakui perniagaannya sedikit terjejas akibat tuduhan plagiat yang tular baru-baru ini. Namun, beliau tetap bersyukur kerana jualan jenamanya meningkat, membuktikan kepercayaan pelanggan terhadap produknya masih kukuh.

Menurut El, kontroversi memang boleh menggugat reputasi, tetapi jenama yang kuat tetap mampu bertahan.

image is not available

Dalam dunia bisnes, bila kita besar, kita akan diuji. Tuduhan plagiat boleh merosakkan reputasi jika tidak ditangani dengan baik.

Tapi satu benda yang orang tak boleh plagiat jiwa jenama. Rekaan boleh ditiru, warna boleh disalin, tapi nilai, kepercayaan pelanggan membezakan yang asli dan yang tiruan.

Kenyataan ini menunjukkan bahawa identiti dan kepercayaan pengguna terhadap sesuatu jenama jauh lebih penting berbanding sekadar reka bentuk produk.

RM250 juta & duta popular…

image is not available

Lebih mengejutkan, Elrah Exclusive berjaya mencapai sasaran jualan RM250 juta! Kejayaan ini turut dipengaruhi oleh pemilihan dua bintang terkenal, Roadtang dan Tawanchay, sebagai duta jenama mereka.

Walaupun dikritik, strategi pemasaran yang kuat nampaknya membantu jenama ini terus berkembang.

Sebelum ini, Elrah didakwa oleh pempengaruh Tyra Kamaruzzaman, di mana samping dengan corak keris milik susur galur suaminya, pereka fesyen Emran Rijal, telah diciplak oleh Elrah Exclusive.

Namun, sehingga kini, belum ada tindakan rasmi yang diambil berhubung isu ini.

#ApaKataOhmedia

Tak dinafikan, kontroversi boleh menjadi pedang dua mata dalam dunia bisnes. Jika ditangani dengan baik, ia boleh menaikkan lagi populariti jenama. Tapi kalau tersilap langkah, habis reputasi hancur.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Portal


The post

appeared first on

.