Dituduh Rogol Anak Murid Di Bintulu, Suspek Kini Menghilangkan Diri

9 Aug 2022 • 1:35 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian berlaku di salah sebuah sekolah menengah di Bintulu

Dituduh Rogol Anak Murid Di Bintulu, Suspek Kini Menghilangkan Diri. Telah tular isu suspek dituduh merogol anak muridnya di bilik muzik salah sebuah sekolah menengah di Bintulu.

Menerusi Sin Chew Sarawak, difahamkan seorang guru sekolah menengah lelaki telah terlibat dalam penderaan seksual ke atas pelajar perempuan yang berusia 14 tahun di dalam bilik muzik di salah sebuah sekolah di daerah Sebauh, Bintulu.

image is not available
Dituduh Rogol Anak Murid Di Bintulu, Suspek Kini Menghilangkan Diri. Sumber gambar: FB Jenifer Lawrence

Kes ini masih dalam siasatan pihak polis

Lebih 2 bulan selepas kejadian tersebut, mangsa telah didesak oleh keluarga mangsa setelah lihat mangsa yang kelihatan murung. Mangsa kemudian menceritakan kisah sebenarnya lalu keluarganya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Mangsa berusia 14 tahun, kemudian membuat laporan polis pada 3 Ogos 2022. Setelah menerima laporan tersebut, pihak polis meminta mangsa untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berdekatan.

Menerusi laman Facebook, kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan dikhabarkan tertuduh kini masih menghilangkan diri.

image is not available
Sumber gambar: FB Jenifer Lawrence

Mangsa diugut untuk tidak memberitahu sesiapa.

Menurut laporan kes tersebut, mangsa turun ke sekolah pada penghujung cuti Aidilfitri pada 5 Mei. Mangsa kemudian dipanggil ke bilik muzik oleh suspek sekitar pukul 5 petang. Pada waktu itu, mangsa bersama sepupunya, namun suspek meminta sepupunya untuk menunggu di luar kelas sahaja.

Setelah memasuki ke dalam bilik muzik tersebut, mangsa diserang secara seksual oleh gurunya, lalu diugut untuk tidak memberitahu siapa-siapa.

Lagi serpihan roket ditemui di Miri baru-baru ini. Baca lebih lanjut di pautan di bawah: