Dituduh Terlibat Dalam Kes ‘Burning Sun’, Go Junhee Dedah Perkara Sebenar

Music
12 Jun 2024 • 2:02 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Go Jun-hee telah bersuara selepas namanya terpalit dalam kes “Burning Sun”.

Pada 11 June, Go Jun-hee telah membuat kemunculan dalam rancangan YouTube “Studio Suze”, di mana dia telah mendedahkan perkara sebenar disebalik penglibatannya dalam skandal “Burning Sun”.

Katanya,

Sejujurnya, saya marah sangat-sangat sebab saya tak tahu langsung ‘Burning Sun’ tu dekat mana dan saya tak pernah pergi ke sana. Dah bertahun saya cakap yang saya tak tahu apa-apa tapi semua orang tak nak percaya.

Sambungnya,

Ramai ingat saya terlibat sama sebab mereka jumpa gambar saya dan Seung-ri sejurus selepas berita saya beli rumah keluar. Gambar itu diambil di kempen kanser payu dara dan pada masa itu Seung-ri ajak saya bergambar kerana kami bekerja di bawah agensi yang sama.

Tambahnya lagi,

Saya tak tahu langsung yang dia ada muat naik gambar tersebut di media sosialnya kerana kami tak mengikuti sesama sendiri di Instagram.

Kesian Go Jun-hee tak pasal-pasal nama terpalit sama..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.