Dituduh Tiru Resepi, Haqiem Stopa Kekal Tenang! Isteri Nafi Terlibat

LocalFood
25 Sep 2025 • 10:31 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Dituduh Tiru Resepi, Haqiem Stopa Kekal Tenang! Isteri Nafi Terlibat

Nama isteri pempengaruh media sosial Haqiem Stopa, Aireena Sofia Zakaria, turut terpalit dalam kontroversi apabila didakwa bersubahat dengan isu meniru resepi daripada sebuah kafe popular.

Menafikan tuduhan itu, Aireena tampil berani membuat siaran langsung di media sosial demi membersihkan namanya dan melindungi maruah keluarganya termasuk anak yang baru dilahirkan.

“Apa yang saya boleh cakap, kafe ini tiada kena mengena dengan saya, saya tak tahu apa-apa, tiada kaitan dengan saya. Segala perbincangan ke apa-apa ke, saya tiada proceed itu proceed ini.
“Ibarat saya dengan kafe tiada apa-apa. Saya buat live ni sebab saya berani berdepan, saya tak bersalah,” katanya.

image is not available

Haqiem Stopa Kekal Tenang

Jelas Aireena, segala urusan berkaitan kafe berkenaan adalah di luar pengetahuannya, dan beliau menyerahkan kepada pemilik sebenar untuk memberikan penjelasan.

Tambahnya, sebagai seorang isteri, sudah tentu beliau mahu melihat kejayaan suaminya, namun bukan dengan cara yang salah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Aireena berkata, penjelasan itu perlu dibuat bagi menjernihkan nama dirinya serta anaknya daripada terus menjadi mangsa tuduhan netizen.

Sementara itu, Haqiem dilihat santai melakukan siaran langsung di platform TikTok sambil menjawab tuduhan warganet terhadapnya.

image is not available

Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai konflik menimpa pemilik kedai ‘dessert’ terkenal Suka Dessert iaitu Auntie Ja.

Dakwa Auntie Ja, pekerjanya telah mengkhianatinya dengan menjual resepi kepada seorang pemilik kafe lain yang juga pempengaruh permotoran terkenal, Haqiem Stopa sebelum dihentikan kerja.

Sumber: Threads nursophea_chu