Diugut penyamar polis, warga emas pindah RM652,500 melalui 22 transaksi

20 Jun 2022 • 11:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JOHOR BAHRU, 20 JUN: Seorang warga emas mengalami kerugian RM652,500 selepas terpedaya dengan penipuan ‘Macau Scam’, apabila dihubungi seorang lelaki kononnya anggota polis yang mendakwa warga emas itu terlibat dengan pengambilan ubat terlarang dan penggubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) negeri ACP Amran Md Jusin berkata ia bermula apabila bekas pekerja di sebuah syarikat swasta berumur 68 tahun itu dihubungi lelaki berkenaan yang mendakwa bahawa akaun bank warga emas itu akan disiasat dan diaudit.

“Warga emas itu kemudiannya memindahkan kesemua wang simpanannya berjumlah RM652,500 menerusi 22 transaksi bermula 11 Mei hingga 5 Jun lepas kepada nombor akaun bank tempatan yang diberikan individu itu tanpa usul periksa.

“Dia hanya menyedari dirinya ditipu apabila memaklumkan kepada anaknya sebelum membuat laporan polis di Balai Nusa Bestari, semalam, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan secara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan.

“Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai panggilan melalui telefon, dan sentiasa menggunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh JSJK iaitu ‘Portal Semak Mule’, ‘Commercial Crime Investigation Department’ (CCID) Scam Response Centre, CCID Infoline dan Facebook JSJK bagi mendapatkan sebarang maklumat mengenai jenayah komersil,” katanya.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved