Diugut Secara Terbuka, Keselamatan Tiffany SNSD Terancam Dek Diganggu Lelaki Misteri

Entertainment
14 Feb 2024 • 1:34 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Peminat mula bimbang akan keselamatan Tiffany selepas ahli GIRLS’ GENERATION itu diganggu oleh seorang lelaki misteri.

Baru-baru ini, satu acara perjumpaan peminat bersama Tiffany telah dibatalkan secara tiba-tiba.

Berikutan dengan pembatalan itu, agensi Tiffany turut mengeluarkan kenyataan yang menegaskan bahawa mereka akan mengambil tindakan tegas bagi melindungi keselamatan penyanyi tersebut.

Sejurus selepas kenyataan itu dibuat, peminat mendapati bahawa pembatalan tersebut berkait dengan hantaran yang dibuat oleh salah seorang peminat fanatik Tiffany.

image is not available

Di mana, seorang lelaki telah membuat banyak hantaran video yang mendakwa bahawa dia mempunyai hubungan rapat dengan ahli GIRLS’ GENERATION tersebut dan mengugut untuk mencederakannya.

Dalam masa yang sama, selepas identiti lelaki itu dikenal pasti, peminat turut mendapati bahawa lelaki tersebut mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah didakwa atas kesalahan melakukan serangan.

Disebabkan ini, peminat telah membuat ribuan hantaran di media sosial dan menggesa agar sesiapa yang menjumpai lelaki tersebut di mana-mana acara yang dihadiri oleh Tiffany untuk segera melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Menakutkan betul kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.