Diva AA Bandingkan Shuhada Dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza

20 Mar 2023 • 4:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Diva AA, diva paling sensasi di Malaysia nampaknya turut rasa tidak puas hati dengan harga biskut yang dijual bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Shuhada sebelum ini telah menjelaskan mengapa dia menjual biskut tersebut dengan harga RM179.00.

Diva AA bandingkan Shuhada dengan Siti Nurhaliza…

Menerusi ciapan di laman Twitter, Diva AA turut membandingkan tindakan ibu kepada dua anak itu dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza pun belum tentu tergamak jual semahal ko? Muhasabah woii if ko rasa ko ex bini retis top!!

Bukan itu sahaja, pengacara berusia 57 tahun itu sempat menegaskan bahawa dia tidak akan membeli biskut jualan Shuhada.

Sorry Diva AA tak akan beli walaupun Diva AA kaya raya!. GTHH PUII.

image is not available

Dalam perkongsian Ohmedia sebelum ini, seorang individu turut membandingkan Shuhada dengan balu arwah Abam Bocey, Nor Hidayah.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.