Diva AA, individu terawal tiba di SK Klang Gate

Politics
12 Aug 2023 • 7:46 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Pengacara sensasi, Azwan Ali atau Diva AA menjadi individu terawal yang tiba di pusat pengundian di SK Klang Gate untuk mengundi.

Ketika ditemui media, Diva AA berkata dia memutuskan untuk membuang undi hari ini memandangkan semua undi adalah penting meskipun sebelum ini enggan berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap proses pilihan raya.

image is not available
Diva AA menukar fikiran untuk datang mengundi hari ini kerana merasakan undinya penting dan berharap pilihannya adalah tepat. - Gambar Scoop, 12 Ogos, 2023

"Saya dah tak nak mengundi, saya give up. Kalau tahu kenapa... dah tak kuasa ye.

"Tapi tak tahu kenapa hari ini saya terdesak untuk datanglah dari Semenyih, saya rasa rugi pulak. Itu nilai satu undi Saya harap undi saya tepat,'' kata adik kepada calon Perikatan Nasional (PN) DUN Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – 12 0gos, 2023