Dividen Bank Rakyat 15 peratus bagi tahun kewangan 2023: Ewon

Business & Finance
6 Apr 2024 • 3:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, mengumumkan pembayaran dividen Bank Rakyat bagi tahun kewangan 2023 sebanyak 15 peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM424.62 juta.

Beliau berkata, pembayaran dividen kepada anggota akan dilakukan hari ini (Jumaat).

“Prestasi kewangan memberangsangkan ini membolehkan Bank Rakyat mengoptimumkan modal dan mengekalkan pembayaran dividen yang tinggi sebagai ganjaran kepada semua anggota dan pihak berkepentingan Bank Rakyat untuk sokongan berterusan mereka.

“Bersempena Ulang Tahun Bank Rakyat ke-70, Bank Rakyat juga mengumumkan dividen istimewa sebanyak dua peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM56.62 juta dan akan diagihkan berdasarkan pegangan saham yang layak pada 31 Disember 2023,” katanya.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman dividen dan prestasi kewangan Kumpulan Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, di sini pada Jumaat.

Menurut Ewon, pembayaran dividen istimewa itu akan dilakukan pada September 2024 sempena sambutan Ulang Tahun Bank Rakyat ke-70.

Dalam pada itu, Ewon berkata umpulan Bank Rakyat akan meneruskan sokongan terhadap mandat tahunan untuk ekosistem koperasi dengan menyumbang sebanyak dua peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM35.47 juta disumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan satu peratus bersamaan RM17.74 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi.

“Jumlah sumbangan bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM53.21 juta,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota dan pihak berkepentingan atas sokongan yang diberikan kepada Kumpulan Bank Rakyat sepanjang tahun ini.

“Bank Rakyat mempamerkan prestasi cemerlang dan terima kasih atas kerjasama serta sokongan yang diberikan.

“Saya sentiasa mengalu-alukan segala kerjasama dan usaha positif ke arah meningkatkan ekonomi dan kewangan kita,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.