‘Divider Semadi Nadai’, Sebuah Kereta Alza Kemalangan Di Sarikei Angkara Divider

26 Oct 2022 • 9:52 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Divider’ memudahkankan pengguna tetapi di Sarikei seperti menyusahkan pula

‘Divider Semadi Nadai’, Sebuah Kereta Alza Kemalangan Di Sarikei Angkara Divider. Seharusnya fungsi pembahagi jalan atau ‘divider’ adalah untuk memudahkan pengguna jalanraya untuk sentiasa berada dalam laluan mereka sendiri.

Namun, lain hal nya yang terjadi di Sarikei apabila sebuah pembahagi jalan telah dibina tetapi sepertinya semakin menyusahkan pemandu jalanraya kerana telah berlakunya kemalangan di kawasan tersebut.

image is not available
‘Divider Semadi Nadai’, Sebuah Kereta Alza Kemalangan Di Sarikei Angkara Divider. Sumber gambar: FB Tuan Azman Adris

‘Divider semadi nadai’. Dibina asal ada sahaja kot

Divider semadi nadai, begitulah boleh diumpamakan kepada pembahagi jalan tersebut dimana telah berlaku satu kemalangan di kawasan tersebut apabila sebuah kereta Alza telah merempuh pembahagi tersebut.

Difahamkan juga sebelum kejadian kemalangan Alza tersebut, pembahagi jalan itu juga telah dilanggar sebelumnya.

image is not available
‘Divider Semadi Nadai’, Sebuah Kereta Alza Kemalangan Di Sarikei Angkara Divider. Sumber gambar: FB My Sarikei

Keadaan pembahagi jalan seperti tidak mendatangkan manfaat yang maksimum kerana dipercayai pada waktu malam, keadaan di sekitar kawasan tersebut agak gelap kerana kurangnya pencahayaan. Bukan itu sahaja, hal ini juga banyak dibangkitkan oleh segelintir netizen diruang komen.

image is not available
‘Divider Semadi Nadai’, Sebuah Kereta Alza Kemalangan Di Sarikei Angkara Divider. Sumber gambar: FB My Sarikei

Bahkan, kawasan jalanraya tersebut dimaklumkan sentiasa sesak dan sempit pada hari kebiasaan. Jadi, dengan adanya pembahagi jalan tersebut juga keadaan bukan bertambah baik malah semakin sesak dan sempit.

Kalau beginilah kesan adanya pembahagi jalan tersebut, diharap pihak berkuasa ambil tindakan segera untuk menyelesaikannya daripada menambah permasalahan yang makin buruk.

Terkadang, kita sudah mencuba sehabis baik untuk berhati-hati di atas jalanraya. Namun, malang tidak berbau seperti di dalam artikel dibawah: