DJ Ini Tampil Kreatif Hasilkan Remix Terma ‘Sik Berasa’ Dan ‘Ketek Ajak’ Abang Jo

4 Jul 2022 • 3:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Baru ari marek ari Jemat, aritok dah Jemat agik dah, sik berasa!”

DJ Ini Tampil Kreatif Hasilkan Remix Terma ‘Sik Berasa’ Dan ‘Ketek Ajak’ Abang Jo. Beberapa bulan lalu, Premier Sarawak, Abang Johari Openg (atau juga dikenali sebagai Abang Jo) mempopularkan istilah ‘sik berasa’ dan ‘ketek ajak’ selepas diungkapkan di beberapa majlis yang dihadirinya.

Disebabkan oleh populariti istilah tersebut, orang ramai telah mula menggunakannya dalam sebagai gurauan dalam perbualan. Tetapi untuk DJ ini pula, he took it a step further dengan membuat remix yang kemudian menjadi viral!

image is not available
DJ Ini Tampil Kreatif Hasilkan Remix Terma ‘Sik Berasa’ Dan ‘Ketek Ajak’ Abang Jo

“Di Semenanjung ada remix ‘ke sana ke sini,’ di Sarawak ada remix ‘ketek ajak’ – netizen

Remix itu telah dibuat oleh seorang DJ dari Sarawak bernama DJ Krizknight dan termasuk coretan frasa popular ‘Sik Berasa’ dan ‘Ketek Ajak’ Abang Jo sepanjang lagu itu.

Pada masa penulisan, remix tersebut telah ditonton 46k kali dan dikongsi 1k kali. Anda boleh melihat video yang mengiringi remix berkenaan di bawah:

“Ketek ajak dah sik berasa” – DJ Krizknight

“Ketek ajak dah sik berasa” Remixed & Produced by DJ Krizknight This remix is done just for the fun and the love of creating unique music and content. No harm done, No political issues related. Peace one Love! Thank you for listening! #krizknight #sarawakdjs #housofdance #goldsoundsdjs If this content raises any issues or has caused sensitivity to anyone and if this content needs to be removed, I will do so for the sake of the harmony of us all.

Posted by DJ KRIZKNIGHT on Friday, March 18, 2022

“Memang cun bah!” – netizen

Rata-rata netizen terhibur dengan remix yang dibuat oleh DJ Krizknight. Antaranya seperti:

image is not available
Kredit foto: FB DJ KRIZKNIGHT

Terus ‘style’ dibuat macam ni.”

image is not available
Kredit foto: FB DJ KRIZKNIGHT

Ni memang cun jadi ringtone telefon untuk main dalam pejabat.”

image is not available
Kredit foto: FB DJ KRIZKNIGHT

image is not available
Kredit foto: FB DJ KRIZKNIGHT

Memang cun bah!”

Dibuat untuk tujuan hiburan

Ketika dihubungi, DJ Krizknight menyatakan bahawa remix tersebut hanya dibuat untuk tujuan hiburan dan mengambil masa 3-4 jam untuk membuat remix berkenaan.

Katanya lagi, beliau tidak menyangka remix itu menjadi viral kerana beliau hanya membuat remix terbabit akibat kebosanan.

image is not available
Kredit foto: DJ Krizknight

Selain terkenal dengan remix tersebut, beliau juga merupakan DJ sambilan – dengan dijemput sebagai DJ untuk hari jadi Ezurin Khyra di Cove55 baru-baru ini dan dipilih untuk Asia’s Top 25 DJs oleh EDM Droid sebagai antara porfolionya.

image is not available
DJ Krizknight bersama Ezurin Khyra. Kredit foto: DJ Krizknight

image is not available
Kredit foto: DJ Krizknight

Sedikit lagi tentang beliau yang mungkin anda tidak tahu adalah beliau pernah menghadiri GoldSounds DJ Academy oleh DJ Goldfish pada tahun 2020 dan pernah menyertai acara penyiaran langsung tanpa henti paling lama ‘DJs Relay’ bersama-sama dengan 100+ DJ di seluruh negara untuk Malaysia Book of Records.

image is not available
Beliau bersama DJ Goldfish semasa di GoldSounds DJ Academy. Kredit foto: DJ Krizknight

image is not available
Beliau dengan sijil penyertaan semasa sesi bergambar Malaysia Book of Records di Kuala Lumpur. Kredit foto: DJ Krizknight

Mengenai projeknya yang akan datang, beliau menyatakan bahawa beliau sedang berkolaborasi dengan At Adau untuk Borneo Sape Fusion yang akan datang – jadi jangan terlepas ya!

image is not available
DJ Krizknight bersama At Adau. Kredit foto: DJ Krizknight

Sekiranya anda berminat untuk menonton beliau, anda boleh melihat beliau beraksi di Bvlganvilla (Basaga lama) setiap hari Jumaat dan Sabtu dari pukul 7PM hingga 10:30PM. Anda juga boleh mendengar beliau spin menerusi segmen House of Dance di RedFM yang dihoskan oleh DJ Zack setiap hari Sabtu selepas 10PM.

Anda boleh juga melihat lebih lagi yang dibuat oleh beliau di Facebook dan Youtube rasmi beliau di pautan berikut:

Lagi di sini:

View Original Article