DJ Lin dinobat Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia buat kali ke-4

16 May 2024 • 2:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyampai radio Suria FM DJ Lin sekali lagi dinobatkan sebagai ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia’ untuk kali keempat berturut-turut.

Memetik laporan Malaysia Gazette, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid menerima pengiktirafan tersebut di majlis anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

DJ Lin dinobat Penyampai Radio Paling Dipercayai

image is not available

Walaupun tidak dapat menghadiri majlis penganugerahan itu, DJ Lin sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan buat dirinya.

“Terima kasih kepada keluarga, peminat, rakan media, team Suria FM dan pengurusan Star Media Group Berhad atas sokongan yang tidak berbelah bahagi buat saya sepanjang menjadi penyampai radio sejak tahun 1999 sehingga kini.

image is not available

“Sekalung penghargaan juga kepada Malaysia yang mengundi dan sekali lagi memilih saya sebagai penerima anugerah yang berprestij ini.

“Pengiktirafan ini sememangnya akan menjadi penguat semangat dan inspirasi buat saya untuk terus memberikan komitmen yang padu terhadap jenama Suria dan industri radio Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Anugerah ini merupakan hasil daripada kajian bebas yang dilakukan oleh agensi penyelidikan terkemuka, Catalyst Research dengan keputusan yang diterbitkan secara eksklusif dalam majalah Reader’s Digest Malaysia.

DJ Lin dinobat Penyampai Radio Paling Dipercayai kali keempat

image is not available

Kajian ini melibatkan 2,000 sampel individu dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia bagi menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama, produk dan personaliti yang dipercayai.

Sekadar info, DJ Lin merupakan penyampai radio segmen Suria Cinta yang bersiaran setiap hari bermula pada 8 malam hingga 1 pagi.