DJ Radio AI Di Spotify Kini Boleh Berbahasa Sepanyol

TechnologyDigital
18 Jul 2024 • 1:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bahasa Sepanyol digunakan lebih 500 juta penduduk dunia sebagai bahasa ibunda mereka. Ini menjadikan bahasa Sepanyol adalah bahasa ibunda yang paling banyak dituturkan di seluruh dunia selepas bahasa Mandarin. Demikian itu, melalui kemas kini yang terbaru, Spotify telah melancarkan DJ Radio AI di platform mereka dalam bahasa Sepanyol.

image is not available

Dj Radio AI versi bahasa Sepanyol ini dinamakan sebagai “Livi” dengan pengguna boleh memilih sama ada untuk mendengar “Livi” ataupun “X” yang merupakan DJ radio AI versi bahasa Inggeris. Penjanaan suara DJ Radio menggunakan teknologi kecerdasan buatan generatif ini berupaya memberikan pengalaman mendengar muzik atau podsiar yang lebih baik kepada pengguna dengan menyajikan muzik-muzik yang sesuai dengan citarasa pendengar.

Sayang sekali, ciri ini tidak tersedia untuk pengguna secara global. Menurut sumber, buat masa ini “Livi” hanya akan ditawarkan kepada pengguna Spotify Premium di kawasan Amerika Latin dan Sepanyol yang terpilih sahaja pada ketika ini.