DJI Avata 2: Lebih nipis tapi terbang lebih lama, harga bermula RM3,999

Digital
12 Apr 2024 • 2:35 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

DJI Avata 2 telah diumumkan sebagai sekuel kepada Avata asal yang telah dilancarkan dalam tahun 2022 dulu. Iterasi kali ini membawakan beberapa perkara baharu yang bukan sahaja menarik, malah jadikan pengguna biasa boleh dapatkan video kamera terbang seakan jurukamera professional.

image is not available

Bermula dengan dron FPV itu sendiri, fizikaliti pesawat itu sendiri kini 20% lebih nipis. Ia dimungkinkan daripada penggunaan bateri berdimensi lebih kecil. Walaupun kapasiti bateri kira-kira 11% lebih kecil, tempoh penerbangan mampu dipanjangkan kepada 21 minit berbanding 17 minit sebelum ini.

image is not available

Pada segi aspek keselamatan, DJI telah menambah satu lagi sensor keselamatan sewaktu penerbangan di bahagian belakan untuk menyertai sensor yang menghadap ke bawah. Ia pastinya akan jadikan terbang secara mengundur lebih selamat pada Avata 2 ini.

image is not available

Sistem kamera ada sedikit naik taraf. Ia kini gunakan sesnro pengimejan lebih besar tapi masih kekalkan resolusi 12MP. Ia bermakna saiz setiap piksel adalah lebih besar dan mungkin menyumbang kepada prestasi waktu malam yang lebih baik.

image is not available

Bagi memudahkan pengguna dapatkan syot video yang menarik, mereka telah memperkenalkan ciri Easy ACRO. Menggunakan alat kawalan DJI RC Motion 3, merek aboleh lakukan aksi akrobatik 360 darjah semudah menolak tuil kawalan.

image is not available

Selain daripada alat kawalan baharu, DJI turut memperkenalkan DJI Goggle 3 yang baharu. Ia menerima suapan video daripada DJI Avata 2 menerusi protokol DJI O4 pada resolusi sehingga FHD 60fps.

image is not available

image is not available

Buat yang berminat untuk dapatkannya, DJI Avata 2 dijual pada harga bermula RM3,999. Set tersebut mengandungi DJI Avata 2, DJI Goggles 3, dan DJI RC Motion 3 disamping aksesori-aksesori tambahan lain.

Pada harga RM4,619, anda akan terima 2 bateri tambahan beserta DJI Avata 2 Two-Way Charging Hub sebagai tambahan.

image is not available