DJI Matrice 400 Dilancarkan – Dron Tahan Lasak Dengan Masa Penerbangan Sehingga 59 Minit

TechnologyDigital
11 Jun 2025 • 7:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI telah melancarkan Matrice 400 iaitu sebuah dron komersial berprestasi tinggi yang direka untuk misi mencabar dan tahan lasak.

image is not available

Dron ini menawarkan masa penerbangan sehingga 59 minit serta kapasiti muatan sebanyak 6kg. Matrice 400 turut dilengkapi dengan sistem pengesan halangan canggih yang menggunakan teknologi LiDAR dan radar mmWave. Teknologi ini membolehkan dron ini berfungsi dengan lebih selamat meskipun dalam persekitaran yang mencabar.

Dron ini mempunyai penarafan IP55 yang membolehkannya beroperasi dalam persekitaran berdebu serta bertahan dalam suhu ekstrem antara -20°C hingga 50°C. Ia juga dilengkapi dengan sistem O4 Enterprise Enhanced Video Transmission yang menyokong penghantaran video berkualiti tinggi sehingga 40 km untuk pemantauan yang jelas dalam misi jarak jauh.

image is not available

Dari segi keselamatan, Matrice 400 dilengkapi dengan teknologi Power Line AR yang mampu mengesan serta menanda talian elektrik bagi mengelakkan perlanggaran. Selain itu, Terrain Follow Mode pula boleh bantu dron menyesuaikan ketinggian secara automatik mengikut perubahan aras tanah untuk memastikan kestabilan semasa penerbangan di kawasan berbukit atau berhalangan.

image is not available

Lebih menarik lagi, Matrice 400 menyokong pelbagai jenis peralatan seperti Zenmuse H30, L2, P1, S1, dan V1 sekaligus menjadikan ianya sesuai untuk pelbagai misi khas termasuk operasi maritim.