DJI Mavic 3 Classic, alternatif lebih mampu milik untuk sirinya dilancar

Digital
3 Nov 2022 • 8:40 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

DJI telah mengumumkan entri terbaharu dalam keluarga DJI Mavic 3 iaitu Mavic 3 Classic. Dron ini menyertai dua model yang sedia ada iaitu Mavic 3 dan Mavic 3 Cine.

image is not available

Harga Mavic 3 Classic di Malaysia

DJI Mavic 3 Classic boleh mula didapatkan di Lazada, Shopee, dan semua pengedar sah produk DJI di seluruh negara. Buat yang sudah ada alat kawalan dan hanya ingin dapatkan dron sahaja, Mavic 3 Classic, dron sahaja, dijual pada harga RM6,459.

image is not available

Set yang mengandungi alat kawalan DJI RC-N1 dijual pad aharga RM6,879. Set yang mengandungi alat kawalan DJI RC dijual pada harga RM7,579.

Set Fly More Kit yang mengandungi 2 bateri, hab pengeacs 100W, pengecas 65W untuk kereta, tiga set kipas, dan beg kembara dijual pada harga RM2,499.

image is not available

Spesifikasi Mavic 3 Classic

DJI Mavic 3 Classic berbeza ketara daripada 2 saudaranya yang lain daripada segi kamera. Berada di dalam kategori mampu milik, dron ini tidak didatangkan dengan kamera sekunder telefoto seperti yang boleh anda temui pada model yang lebih atas. Kamera utamanya adalah yang ada sensor 20MP dengan jarak fokal 24mm dan bukaan apertur F2.8.

image is not available

Kamera ini boleh merekod dalam resolusk 5.1K@50fps ataupun pada 4K@120fps. Pada dron itu sendiri, DJI menyediakan storan dalaman 8GB tapi slot SD juga tetap ada untuk rakaman yang lebih panajang.

Selain pada kelengkapan pengimejan, spesifikasi penerbangan dron ini adalah sama sahaja seperti tempoh operasi yang panajang, sepanjang 46 minit dengan satu bateri penuh.

image is not available

Komunikasi antara pesawat dengan alat kawalan diwujudkan menggunakan protocol DJI O3+, jarak operasinya dariapda pilot adalah sehingga 15km sahaja dan ia menghantar suapan video kepada paparan pilot dalam reoslusi 1080p dan 60fps.

image is not available

Kelengkapan keselamatan pada dron juga sama seperti model lain. Ia boleh mengesan halanangan daripada semua arah.

image is not available