DJI Mavic 4 Pro Dengan Trikamera Hasselblad dan Gimbal 360° Dilancarkan

TechnologyDigital
13 May 2025 • 8:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penggunaan sekurang-kurangnya tiga kamera pada telefon pintar ialah perkara lazim. Satu lensa untuk sudur lebar, satu untuk ultra lebar dan satu lagi untuk telefoto. Teknologi trikamera kini akhirnya tiba pula ke dron menerusi DJI Mavic 4 Pro yang dilancarkan hari ini.

image is not available

DJI Mavic 4 Pro dilengkapi tiga kamera dengan lensa sudur lebar 28mm yang dipadakan dengan sensor 100 MP M4/3 yang dihasilkan oleh Hasselblad. Ini diikuti pula oleh lensa telefoto 70mm dengan sensor 48 MP 1/1.3″ dan akhir sekali lensa telefoto 168mm dengan sensor 50MP 1/1.5″. Pengguna boleh menukar kamera yang mana ingin digunakan dengan hanya menekan butang kawalan.

image is not available

Lebih menarik pada Mavic 4 Pro ialah ia dilengkapi gimbal yang menyokong putaran 360°. Ini membolehkan trikamera memandang ke atas sehingga 70 darjah. Kemampuan rakaman video pula ialah sehingga 6K 60p dalam mod HDR dan 4K 120p dalam mod SDR dengan terdapat sokongan profil warna 10-bit D-Log, D-Log M, dan HLG. Storan dalaman ialah sehingga 512GB.

image is not available

Dron pula boleh terbang pada kelajuan 90 km/j dan sejauh 41 km dan terbang selama 51 minit menggunakan bateri sebesar 95Wh. Untuk mengawalnya, alat kawalan DJI RC Pro 2 turut dilancarkan dengan ia hadir dengan skrin 7″ Mini-LED. Skrin boleh diputarkan 90 darjah untuk melakukan rakaman video menegak. Ia boleh beroperasi sehingga 4 jam. Storan 128GB terbina membolehkan rakaman audio menggunakan mikrofon terbina atau dipadankan dengan DJI Mic.

Harga jualan DJI Mavic 4 Pro di Malaysia adalah seperti di bawah.

  • DJI Mavic 4 Pro (RC 2) – RM9,599
  • DJI Mavic 4 Pro Fly More Combo (DJI RC 2) – RM11,749
  • DJI Mavic 4 Pro Creator Combo (DJI RC PRO 2) – RM15,099