DJI Mic Mini Kini Rasmi Dengan Harga RM699

TechnologyDigital
27 Nov 2024 • 10:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa minggu lepas, DJI Mic Mini telah tertiris sebagai mikrofon mudah alih bersaiz mini untuk bersaing dengan Hollyland Lark M2 yang kini menjadi rebutan ramai pencipta kandungan. Baru-baru ini, DJI Malaysia telah melancarkan mikrofon ini dan ia sedia untuk dibeli.

image is not available

DJI turut membawa banyak ciri lebih kurang sama dari DJI Mic sebelum ini, cuma kini dalam pakej lebih kompak. DJI Mic Mini menyokong dua tahap pembatalan hingar, mempunyai sistem mengelak audio clipping, menjanjikan kualiti rakaman audio terbaik dan mempunyai lima tahap audio gain. DJI turut membenarkan rakaman audio mono atau stereo dan setiap rakaman turut akan ada sandaran fail audio dengan aras suara lebih rendah untuk memastikan proses suntingan tidak menjadi masalah di kemudian hari.

image is not available

DJI Mic Mini turut mempunyai bateri yang bertahan sehingga 48 jam untuk sekali cas dan boleh bertahan untuk 1 jam dengan pengecasan 5 minit. Rekaan DJI Mic Mini turut mempunyai magnet dan klip/sepit untuk mudah dipakai bersama apa jua pakaian. Dengan berat 10g, ia tidak akan menjadi beban kepada semua.

image is not available

Segala kawalan mikrofon ini boleh dilakukan bersama aplikasi DJI Mimo. DJI turut ingin memastikan pengguna produk Osmo mereka boleh menggunakan mikrofon ini dengan tenang oleh yang demikian ia diiktiraf dengan DJI OsmoAudio untuk penggunaan secara terus.

image is not available

Di Malaysia, DJI Mic Mini dijual pada harga bermula RM339 untuk 1x mikrofon + 1x penghantar. RM699 untuk set 2x mikrofon + 1x penghantar, RM199 untuk mikrofon tambahan, RM69 untuk penyesuai Lightning dan RM239 untuk pod pengecas tambahan.