DJI Mini 2 SE dilancar, dron mampu milik kini terbang lebih jauh dan lama

Digital
9 Feb 2023 • 3:05 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

DJI didapati telah mengemas kini penawaran dron berkamera mereka. DJI Mini 2 SE adalah dron pertama tahun 2023 daripada syarikat itu dan ia membawa beberapa naik taraf berbanding sebelumnya, walaupun minimum.

image is not available

Yang berubah adalah protokol komunikasi antara dron dengan alat kawalan. Mini 2 SE kini menggunakan DJI O2 yang membawa maksud dron ini boleh terbang lebih dua kali lebih jauh berbanding Mini SE yang menggunakan Enhanced Wi-Fi. Walaupun bateri 2,250 yang sama diguna, DJI maklumkan yang dron baharu ini terbang melebihi 31 minit berbanding 30 minit pada edisi terdahulu.

image is not available

Lain-lain komponen masih lagi sama, daripada pesawat hinggalah ke kelengkapan merakam video. Kamera pada dron ini masih menggunakan kamera tiga paksi yang ada sensor 1/2.8" dan mampu merakam pada resolusi maksimum 2.7K pada kadar bit 40Mbps. Tiada storan terbina pada pesawat sebaliknya kad mikro-SD perlu dislot masuk untuk menyimpan video.

image is not available

DJI Mini 2 SE boleh anda dapatkan dalam beberapa pakej. Untuk dron sahaja, ia dijual pada harga RM1,400. Pada harga RM1,599, anda beroleh alat kawalan DJI RC-N1 bersama beberapa komponen kecil lain dan yang terakhir adalah Fly More Combo yang berharga RM2,149.

image is not available

Falam kombo FMC, anda turut terima 2 bateri tambahan dan hab pengecas bateri. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.