DJI Neo 2 Boleh Didapati Di Malaysia Dengan Harga Bermula Harga RM899

LocalTechnology
7 Nov 2025 • 3:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI telah melancarkan dron terbaru mereka DJI Neo 2 di pasaran Malaysia sebagai kesinambungan kepada model Neo yang diperkenalkan tahun lalu.

image is not available

Dron ini seberat 151 gram dan direka untuk dilancarkan dari telapak tangan menjadikannya sesuai untuk rakaman swafoto dan penggunaan harian. Ia dilengkapi kipas tertutup dengan kekisi pelindung bagi mengelakkan kerosakan dan kecederaan. Sistem pengelakan pelanggaran pula menggunakan kamera infra merah serta teknologi LiDAR untuk penerbangan yang lebih selamat.

Kamera DJI Neo 2 menggunakan sensor 1/2 inci beresolusi 12MP yang dipadankan dengan lensa ultra lebar 119.8°, serta mampu merakam video pada kadar 60 FPS. Dron ini boleh terbang sehingga 12 m/s (43 km/j), bertahan selama 19 minit, setinggi 2000 meter dan dikawal sejauh 7km.

image is not available

Pengguna turut boleh mengawal dron ini terus melalui telefon pintar tanpa memerlukan alat kawalan fizikal. Selain itu, ia menyokong mod perjalanan, terbang mengelilingi dan vlog. Apabila disambungkan dengan DJI Mic, rakaman audio akan dimasukkan secara automatik ke dalam klip video.

Harga jualan DJI Neo 2 adalah seperti di bawah

ModelAksesori tambahanHarga
DJI Neo 2 TiadaRM 899
DJI Neo 2 Fly More Combo (Dron sahaja)2 bateriRM 1209
DJI Neo 2 Fly More Combo2 bateri
Alat kawalan
Transceiver
RM 1509
DJI Neo 2 Motion Fly More Combo2 bateri
Alat kawalan
Transceiver
Gogal Goggles N3
Alat kawalan satu tangan
RM 2229