DJI Osmo Pocket 3 Dilancarkan Dengan Sensor 1-Inci Dan Harga Bermula RM2,299

TechnologyDigital
25 Oct 2023 • 9:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI Osmo Pocket 3 telah dilancarkan hari ini dan menjadi tambahan baharu untuk segmen peranti berkenaan. Menerusi model baharu ini DJI menggunakan sensor CMOS sebesar 1-inci yang sudah semestinya mampu merakam imej yang lebih tajam.

image is not available

Kemampuan merakam video adalah sehingga 4K/120FPS dengan pilihan format warna 10-bit D-Log M dan 10-bit HLG. Pada masa sama terdapat juga kemampuan zum digital sehingga 4X dan gimbal tiga paksi disertakan bagi memastikan video diambil sentiasa stabil.

image is not available

Kemampuan menjejak juga lebih baik menerusi fungsi ActiveTrack 6.0 dengan beberapa pilihan mod penjejakan termasuk muka dan bingkai. Tiga mikrofon terbina pula membolehkan audio stereo dirakam dengan baik. Malah serasi digunakan bersama DJI Mic 2 untuk rakaman jenis vlog, temu bual atau penstriman langsung.

image is not available

Selain daripada itu, Osmo Pocket 3 juga menawarkan pelbagai kebolehan lain untuk rakaman lebih kreatif. Antaranya seperti SpinShot untuk rakaman 180 darjah, Motion Lapse untuk rakaman secara berterusan dan Panorama Mode untuk menghasilkan imej yang luas.

image is not available

Bateri 1,300 mAh disertakan pula boleh bertahan sehingga 166 minit dengan rakaman 1080p/24FPS dan berkurang menjadi 116 minit pula untuk 4K/60FPS. Penggunaan bersama aplikasi LightCut menjadikan pengalaman suntingan lebih mudah di samping terdapatnya template video menarik turut disertakan.

image is not available
DJI Osmo Pocket 3 Versi Asas – RM2,299

image is not available
DJI Osmo Pocket 3 Versi Creator Combo – RM2,959

DJI Osmo Pocket 3 ditawarkan di Malaysia pada harga RM2,299 untuk model asas dengan pemegang kawalan jauh dan kabel PD jenis C-C. Kemudian versi Creator Combo pula pada harga RM2,959 dengan pelbagai aksesori tambahan bermula hari ini.