DJI RS 4 Mini Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM1,449

TechnologyDigital
21 Feb 2025 • 9:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI telah melancarkan gimbal RS 4 Mini baharu yang direka untuk kedua-dua kamera dan telefon pintar. Di Malaysia gimbal ini dijual pada harga bermula RM1,449 dan didatangkan dengan peralatan pakej biasa seperti tripod, kabel sambungan, kamera berbentuk L, kabel pengecasan USB-C, kit skru dan beg. Manakala RS 4 Mini Combo pula berharga RM1,809 satu set lengkap.

image is not available

image is not available

RS 4 Mini bukan sahaja kompak malahan dilengkapi ciri khusus bagi menjamin keselamatan ketika merakam video. Ia juga menawarkan teknologi terkini seperti Native Vertical Switch, Threefold Ease for Balancing, DJI RS Intelligent Tracking Module dan lain-lain supaya boleh berfungsi dengan sebaiknya ketika rakaman dilakukan. Butiran penuh mengenai gimbal baharu ini boleh dibaca melalui artikel sebelum ini.