DJI Saman Insta360 Kerana Didakwa Melanggar Paten

TechnologyStartup
24 Mar 2026 • 10:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI memfailkan saman terhadap Insta360 di Mahkamah Pertengahan Shenzhen kerana mendakwa syarikat induknya Arashi Vision melanggar 6 paten berkaitan kawalan penerbangan dron, pemprosesan imej, dan reka bentuk perkakasan.

Dalam saman yang difailkan, DJI berkata paten tersebut sepatutnya menjadi milik mereka kerana ia dibangunkan oleh bekas pekerja DJI dalam tempoh setahun selepas berhenti. Di bawah undang-undang China, DJI mempunyai tuntutan terhadap paten selepas kakitangan berpindah ke syarikat baharu sekiranya ia berkaitan dengan tugas mereka di syarikat lama.

image is not available

Pengasas Insta360, JK Liu, menafikan dakwaan DJI dan mengatakan semua inovasi yang dipersoalkan dicipta sendiri di Insta360. Beliau kemudiannya mendakwa bahawa DJI meniru beberapa fungsi dan aksesori kamera Insta360 pada produk keluaran mereka. Insta360 mendapati produk DJI berpotensi melanggar 28 paten mereka, tetapi mereka memilih tidak menyaman kerana mahu memberikan fokus kepada inovasi, bukan litigasi.

Jarang sekali syarikat China menyaman antara satu sama lain mengenai pelanggaran paten. Tetapi DJI dan Insta360 kini bersaing dalam perniagaan yang sama iaitu dron, kamera aksi kompak dan mikrofon. Dron Antigravity A1 keluaran Insta360 misalnya baru sahaja dilancarkan di Malaysia dengan kemampuan rakaman 360 darjah dan video 8K.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved