DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB, 16 pihak

LocalPolitics
19 Oct 2026 • 2:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB, 16 pihak

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) dan Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin memfailkan permohonan baharu untuk memulakan tindakan menghina mahkamah terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan 16 yang lain.

Permohonan itu difailkan menerusi Tetuan Halim & Ismail di Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Oktober lalu.

Berdasarkan permohonan, pemohon mendakwa bahawa 17 individu berkenaan melanggar perintah injunksi Mahkamah Tinggi Seremban yang dikeluarkan pada 5 Jun lalu berkaitan pentadbiran dan hal ehwal DKU.

Selain Menteri Besar, mereka turut menamakan 10 bekas Exco kerajaan negeri dan enam pihak lain berkaitan pertikaian yang menyentuh institusi diraja negeri itu.

Enam individu terbabit ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Thahak, Undang Luak Jelebu Datuk Maarof Mat Rashad, Undang Luak Johol Datuk Muhammed Abdullah, Undang Luak Rembau Datuk Abdul Rahim Yasin, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungai Ujong Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.

Selain Ismail, sembilan Exco tersebut ialah Datuk Mohd. Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa, dan Datuk Razali Abu Samah. – KOSMO! ONLINE

The post DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB, 16 pihak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved