Pelancar MIUI Kelak Akan Hadir Dengan Talam Aplikasi Terbina

18 Jun 2019 • 7:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MIUI adalah sistem operasi tersendiri Xiaomi berasaskan Android. Ia lebih mirip kepada iOS dan sangat ceria dan ringkas, lagi mudah digunakan. Namun ia masih mempunyai kekurangan, seperti ciri yang telah pada Android Nougat masih tidak disertakan dan juga talam aplikasi.

Ciri yang dimaksudkan ini adalah aksi pintas pada ikon aplikasi. Dalam MIUI Alpha, pelancarnya membolehkan ikon ditekan untuk mengakses aksi pintasan yang disokong aplikasi tersebut. Kemudian, Xiaomi akhirnya sertakan sokongan talam aplikasi pada pelancar ini dan tidak lagi terhad kepada pelancar MIUI for Poco.

image is not available

Bagi yang berminat untuk mencubanya, pengguna perlu memasang MIUI versi alpha terlebih dahulu – yang mana fail pemasangan adalah terhad kepada yang terpilih sahaja. Akan tetapi, pengguna juga boleh memasang fail APK yang diterbit di APK Mirror untuk pencubaan yang lebih selamat.

Muat Turun MIUI Launcher (alpha)