DNA rangka sah milik Hafiz Fauzan - Ayah

4 Jul 2024 • 9:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada 25 Jun lalu.

image is not available
Hafiz Fauzan dilaporkan hilang selepas keluar menonton perlawanan bola sepak bersama rakannya pada malam 25 Mei di Parit Ju, Tongkang Pechah namun didapati tidak pulang ke rumah keesokan hari.

BATU PAHAT - "Alhamdulillah semua sudah selesai. Apa yang ditunggu-tunggu sudah berakhir," kata Abd Halid Sugiman, 44.

Abd Halid bersyukur selepas menerima keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengesahkan rangka manusia ditemui di kebun durian berdekatan Kompleks Panghulu Mukim Linau, akhir bulan lalu, sah merupakan anaknya, Hafiz Fauzan, 17.

Jelasnya, keputusan itu diperolehi sekitar jam 4.43 petang selepas dihubungi polis bagi memaklumkan hasil ujian DNA yang dijalankan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

Beliau memaklumkan proses tuntutan jenazah akan dibuat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat pagi esok untuk dikebumikan.

Hafiz Fauzan yang merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja dilaporkan hilang selepas keluar menonton perlawanan bola sepak bersama rakannya pada malam 25 Mei di Parit Ju, Tongkang Pechah namun didapati tidak pulang ke rumah keesokan hari.

Pelbagai usaha dilakukan keluarga untuk mencari Hafiz Fauzan yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Pada 25 Jun lalu, rangka manusia ditemui bersama sebuah motosikal hampir sama digunakan Hafiz Fauzan berdasarkan nombor pendaftaran seperti yang dihebohkan ahli keluarganya di media sosial selepas kehilangannya.

Turut ditemui jaket dan juga topi keledar dipercayai digunakan mangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved