DNAA Ahmad Zahid: PM Anwar tidak tolak kemungkinan beri penjelasan di Parlimen

Politics
15 Sep 2023 • 5:41 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

DNAA Ahmad Zahid: PM Anwar tidak tolak kemungkinan beri penjelasan di Parlimen

zulfadli

15/09/2023 - 17:41

PUTRAJAYA 15 Sept - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk memberi penjelasan berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Parlimen.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Nasyrul Quran di sini, hari ini.

"Mungkin, insya-Allah" katanya ringkas.

Semalam, seorang penyokong kerajaan menggesa Perdana Menteri memberi penjelasan sendiri di Dewan Rakyat mengenai keputusan DNAA Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi.

Terdahulu, Anwar menyempurnakan Solidariti Wakaf Sejuta al-Quran dan Majlis Penghantaran Tiga Kontena, lapor Berita Harian.

Majlis itu susulan keputusan Malaysia mencetak dan mengedarkan sejuta naskhah al-Quran ke seluruh dunia, sebagai tindak balas terhadap pembakaran kitab suci umat Islam itu. - DagangNews.com