DNB Membatalkan Penjualan Pegangan Kepada Telekom Malaysia

TechnologyDigital
24 Aug 2024 • 10:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telekom Malaysia kini mengumumkan yang mana mereka telah menerima notis pembatalan daripada Digital Nasional Berhad berhubung untuk perjanjian pembelian saham. Dengan ini, TM tidak akan mempunyai pegangan pada DNB. Sebelum ini pihak DNB telah memberikan tempoh masa sehingga 21 Ogos 2024 untuk TM memberikan jawapan dan melanggan pegangan saham pada DNB, namun tempoh berkenaan tidak mencukupi untuk TM dalam mengadakan mesyuarat bersama ahli lembaga dan mendapatkan persetujuan untuk membeli saham DNB.

Telekom Malaysia menyatakan ini tidak akan memberikan kesan kepada penawaran 5G semasa oleh mereka, memandangkan perjanjian langganan perkhidmatan daripada DNB masih kekal lagi. TM juga mengatakan mereka komited dalam menawarkan perkhidmatan digital berkualiti tinggi kepada para pelanggan.

Dengan perubahan ini, hanya CelcomDigi, Maxis, YTL dan U Mobile mempunyai pegangan pada DNB, masing-masing sebanyak 16.3%.

image is not available

TM walau bagaimanapun tidak memaklumkan berkenaan bagaimanakah ia akan memberikan impak terhadp penyertaan mereka dalam bidaan tender untuk pembangunan rangkaian kedua 5G Malaysia. Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan proses pemilihan tender akan terdiri daripada syarikat-syarikat telekomunikasi yang telah melengkapkan proses SSA untuk pemilikan ekuiti DNB.

Sebelum ini, ia telah dikongsikan Maxis, CelcomDigi, TM dan U Mobile telah menghantar bidaan untuk membangunkan rangkaian 5G kedua Malaysia.