DNB, TM Dan ZTE Melakukan Ujian Pertama Di Dunia – Pemindahan Data 5G Pada Kelajuan 28Gbps

TechnologyDigital
18 Oct 2023 • 11:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Digital Nasional Berhad, Telekom Malaysia dan ZTE kini mengumumkan kerjasama strategik, yang memperlihatkan mereka melakukan ujian 5G pertama di dunia dengan pemindahan data mencapai 28Gbps – melalui teknologi mmWave pada teras kendiri 5G.

image is not available

Untuk menjayakan perkara ini, infrastruktur dan kepakaran Telekom Malaysia digunakan, bersama-sama dengan teknologi mmWave oleh ZTE. Langkah ini sekaligus dijangka memposisikan Malaysia sebagai peneraju dalam teknologi mmWave.

Pihak DNB turut menyatakan penggunaan spektrum mmWave dibawah mereka membolehkan ia memberikan pengalaman 5.5G, serta menjadi asas kepada 6G kelak. Penggunaan spekstrum DNB bersama-sama teknologi TM juga turut membuka pelbagai peluang dalam arena perusahaan – terutamanya dalam pembangunan rangkaian peribadi 5G untuk industri seperti dilakukan Petronas baru-baru ini.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya, dan bagaimana Malaysia terus menerajui pembangunan piawaian teknologi mmWave di dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved