Adobe melancarkan format Digital Negative (DNG) pada tahun 2004 sebagai format RAW terbuka. Selepas lebih 20 tahun, International Organization for Standardization (ISO) secara rasmi mengiktiraf DNG sebagai standard rasmi ISO, iaitu ISO 12234‑4:2026. Ini menempatkannya sebaris dengan format standard lain seperti TIFF dan PDF.

Sejak dari awal pengenalan format RAW, syarikat pengeluar kamera digital menggunakan format mereka tersendiri seperti Sony dengan .ARW, Nikon dengan .NEF, Fujifilm dengan .RAF dan Canon pula dengan .CR2. Isu yang dihadapi tidak semua perisian suntingan gambar menyokong format-format yang berbeza ini.
Dengan DNG kini ialah standard ISO, sokongan masa panjang untuk ia terus digunakan diberikan kerana ia sumber terbuka menjadikannya serasi untuk kegunaan arkib. Format DNG sudahpun disokong oleh Leica, Ricoh, Sigma, Pentax dan Apple. Dengan ia kini standard ISO, kita kini boleh menanti sokongannya pada kamera digital lain dalam masa terdekat.
