Do’zee lancar pencuci pakaian halal premium

Business & Finance
27 Jul 2026 • 7:22 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Do’zee lancar pencuci pakaian halal premium

SHAH ALAM:  SR Asia Resources Sdn. Bhd., pengeluar produk sabun cecair jenama Do’zee memperkenalkan produk terbaharunya, Royal Blue, iaitu pencuci pakaian premium dengan menggabungkan formulasi enam dalam satu yang memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Syukri Ibhrim berkata, pelancaran produk tersebut mencerminkan komitmen syarikat dalam memenuhi permintaan pengguna terhadap produk berkualiti tinggi yang turut menepati keperluan pensijilan halal.

Katanya, kesedaran pengguna, khususnya masyarakat Islam, terhadap penggunaan produk yang mempunyai status halal semakin meningkat, sekali gus membuka peluang kepada syarikat untuk menawarkan produk yang lebih diyakini.

“Ramai pengguna, terutamanya masyarakat Islam, menitikberatkan penggunaan produk halal. 

“Justeru, kami mahu menghasilkan produk yang mempunyai sijil halal agar dapat memberikan keyakinan kepada pengguna,” katanya kepada media selepas melancarkan produk Royal Blue di Puncak Alam baru-baru ini. 

Beliau berkata, Royal Blue turut menawarkan formulasi enam dalam satu yang direka bagi memberikan prestasi pencucian lebih berkesan, sekali gus memperkukuhkan kedudukan Do’zee dalam pasaran produk pencuci pakaian premium yang semakin kompetitif.

“Dalam proses mendapatkan pensijilan halal, ada banyak proses dan prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi termasuk dari segi penggunaan bahan. 

“Produk Royal Blue tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dan hanya mengguna pakai bahan neutral iaitu sumber daripada tumbuh-tumbuhan,” katanya. 

Mohd Syukri berkata, industri sabun cecair yang mempunyai banyak pesaing memerlukan pihaknya menghasilkan produk baharu dengan kelainan tersendiri. 

“Selain daripada kualiti pada tahap maksimum, kami juga mahu mengetengahkan kelainan dari segi penampilan produk bagi menarik minat pelanggan. 

“Bagi produk Royal Blue ini, ia akan dikeluarkan dalam kotak khas, sekali gus membolehkannya dijadikan sebagai hadiah dengan penampilannya yang menarik,” katanya. 

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan penjualan produk itu sebanyak 100,000 unit sebaik ia dilancarkan di pasaran pada bulan depan. 

“Pada tahun lalu, kami merekodkan jualan sebanyak RM60 juta. Pada tahun ini, kami menyasarkan jumlah jualan mencecah RM100 juta. 

“Sasaran itu berdasarkan jumlah jualan dicapai sehingga Jun lalu yang merekodkan hampir RM70 juta. Kami yakin jumlah itu dapat diperoleh dengan nilai tambah keluaran produk baharu ini.” katanya. 

Produk Royal Blue akan berada di pasaran bermula bulan depan dengan harga RM37 bagi setiap kotak yang mengandungi dua kilogram (kg) pencuci pakaian itu. – UTUSAN

The post Do’zee lancar pencuci pakaian halal premium appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved