“Doa-Doa Anak Orang Bodoh Pula” – Norreen Mengamuk Individu Hina Anak Macam ‘Dora’

1 Dec 2022 • 3:04 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini influencer terkenal, Norreen telah memuat naik satu video memarahi seorang individu yang menyamakan anak perempuannya dengan watak kartun ‘Dora’.

Norren dikatakan telah mengamuk ketika sesi menjawab soalan ‘Ask Me Question’ kerana soalan yang diajukan oleh salah seorang pengguna Instagram dianggap tidak beradab.

Personaliti sama?

Menurut video di atas, Norren telah mengecam individu berkenaan kerana menyamakan sikap anak perempuannya sebagai ‘bodoh dan buta’ seperti watak kartun dalam Dora The Explorer.

Kau ni sebenarnya anak pungut, kau tau tak? Itu pun terpaksa mak kau ambil kau dari rumah anak yatim tu. Kau ni memang patut dibuang daripada masyarakat. – Norreen

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen turut mengecam individu berkenaan kerana bertanyakan soalan yang melampaui batas. Namun, ada juga yang berpuas hati dengan cara Norreen melindungi anaknya.

image is not available

image is not available

Ha kalau macam tu jangan sesuka hati menilai anak orang, kan dah kena setepek.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media