“Doa Kami Untuk Syamsul Akhirnya Makbul Walaupun Ambil Masa Bertahun”

12 Sep 2024 • 9:31 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
syamsul

Selepas bertahun-tahun tidak bertemu, doa Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail akhirnya makbul apabila Syamsul pulang ke rumah semalam.

Berita gembira itu dikongsikan Datin Patimah sendiri menerusi dua perkongsian gambar di Instagram Story. Turut kelihatan adalah bekas isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana dan anak-anak.

image is not available

Menerusi laporan Harian Metro, Yusof Haslam berkata, mereka tidak pernah membenci darah daging sendiri, sebaliknya hanya titipkan doa setiap kali dalam solat.

Dia dan isteri tidak pernah menyimpan dendam terhadap Syamsul selepas bertahun-tahun tidak berjumpa.

Doa kami untuk Sol (panggilan Syamsul) akhirnya termakbul walaupun ambil masa bertahun. “Dia sendiri hubungi ibunya pada Isnin lalu dan menyatakan hasrat untuk berjumpa kami selepas lama terputus hubungan. Dia mendakap kami dalam wajah yang ceria dan kami menikmati makan malam bersama-sama.

Katanya lagi, dia dan isteri sudah tentu mengalirkan air mata kerana saat yang dinanti selama bertahun-tahun akhirnya tiba.

image is not available

Ujar penerbit tersohor ini, dia tidak menyangka Syamsul akhirnya membuka pintu hati dan kembali kepada pangkuan keluarga kelmarin.

Dalam pertemuan itu, mereka berborak santai dan tidak bercakap mengenai hal-hal lepas. Doanya agar ikatan tersebut kekal sehingga ke akhir hayat.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved