“Doa Lebih Sikit Mommy” – Nora Danish Teman Nedim Di Hospital

Entertainment
30 Jun 2024 • 9:52 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila bekas suami kepada Nora Danish, Nedim telah dimasukkan ke sebuah hospital selepas bercerai.

Terbaru, melalui story di Instagram Nedim, dia berkongsi gambar Nora yang sedang berdoa selepas selesai solat.

Dia juga difahamkan meminta doa dari bekas isterinya supaya kuat demi percutian dengan anak-anaknya.

Doa lebih sikit mommy. Semoga daddy kuat untuk percutian anak-anak.

image is not available

Katanya, aktres itu juga setia menemani bekas suaminya di hospital dan digelar sebagai jururawat dan teman gaduh oleh Nedim.

Dalam hantaran itu, Nora juga dilihat manis bertudung yang ramai netizen membuat spekulasi aktres tersebut sudah berhijab.

image is not available

Terdahulu, Nora dan Nedim sah bercerai di Mahkamah Syariah Wiliyah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas 7 tahun bersama.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.