‘Doa pun kedekut, pastu nak anak tirikan anak’ – Reen Rahim tegur golongan ibu bapa pilih bulu

LocalEntertainment
7 Oct 2024 • 10:05 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Selebriti Reen Rahim baru-baru ini meluahkan rasa geramnya terhadap sesetengah ibu bapa yang bersikap ‘pilih bulu’ apabila menyayangi anak-anak dan tanpa sedar telah melukakan hati mereka.

Menerusi kenyataan di sebuah hantaran di Instagram semalam, Reen mengungkapkan betapa sedihnya melihat orang tua yang enggan mendoakan anak-anak mereka sendiri, namun tetap mengharapkan sesuatu daripada anak-anak tersebut.

Doa pun kedekut, nak anak tirikan anak pula

“Kadang-kadang mak bapak ni aneh-aneh juga perangai, geram je aku. Sebab ramai je kawan aku yang kadang-kadang cerita dia tak stabil sebab dianak tirikan.

“Macam mana anak nak berjaya kalau mak bapak tak redha? Bongok betul. Mentang-mentang dia mak bapak, suka hati je sakitkan hati anak. Kadang-kadang kalau nampak anak tu sesak, tanyalah diri tu.. korang doakan tak? Redha tak anak tu?

“Doa pun kedekut, pastu nak anak tirikan anak. Ajar mata melihat benda yang tak nampak pada dasar. Hargai yang paling mahal, ikhlas. Siapa makan cili, padanlah muka,” katanya.

Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dan pernah mengalami pengalaman dianaktirikan oleh ibu bapa sendiri. Malangnya keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila ada segelintir netizen menjadikan isu tersebut untuk menghentam ibu bapa sendiri.

Jangan makan hati, teruskan berbakti

Enggan melihat ramai yang salah faham dengan hantaran itu, Reen tampil memberi penjelasan melalui platform yang sama.

“Benda (teguran) itu memang pedas dan memang aku nak bagi kepada mak bapak yang suka pilih bulu ini. Apabila perlukan apa-apa, oh anak yang ini. Tapi time kau nak sayang-sayang, timang-timang, sikit-sikit anak emas.

“Anak emas ni memang tak boleh diusik. Tetapi yang nak disuruh buat macam-macam, tampal bumbung bocor ke, betulkan itu ini, dicarinya anak yang dipalau itu. (Ibu bapa) yang terasa, padan mukalah.

Tips kekal tenang

“Tapi aku terlupa, kepada yang makan hati dengan mak bapak korang, minta maaf sangat sebab tak selitkan kapsyen tips untuk kekal tenang.

“Contoh situasi itu, kau dianaktirikan. Jangan makan hati, step back jaga hati awak sikit. Tetapi tanggungjawab sebagai anak untuk menjaga hati dan kebajikan ibu bapa (kalau mampu), buat sahaja walaupun tidak dihargai.

“Bila kau buat bukan sebab nak perhatian daripada ibu bapa, tetapi buat kerana tanggungjawab dan kerana redha Allah, itu rasanya lebih baik. Kita ni hidup nak tenang sahaja, bukan nak kaya sangat pun. Nak tenang, berkat dan redha. InshaAllah cukup segalanya,” ujarnya.