Doa termakbul depan Kaabah, Hafiz Mahamad guna hasil titik peluh hantar ibu bapa tunai haji jadi inspirasi!

14 Jun 2023 • 11:42 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Doa termakbul depan Kaabah, Hafiz Mahamad guna hasil titik peluh hantar ibu bapa tunai haji jadi inspirasi!

USAHAWAN dan pempengaruh, Hafiz Mahamad sering menjadi perhatian ramai.

Pelbagai kejutan, perkara menggembirakan dan kebaikan dilakukan buat ahli keluarga dan orang awam menyebabkan ramai mengaguminya.

Terbaru, suami kepada Syafiqah Aina itu menghadiahkan pakej menunaikan haji buat ibu bapa tercinta.

Berkongsi hantaran di Instagram, selebriti media sosial itu mendedahkan cuba menggembirakan hati orang tua selepas kedua-duanya bersara.

image is not available

“Sebak hati saya semalam. Mama Abah, jangan anggap ini ‘hadiah’ daripada Hafiz

“Ini semua hasil daripada kebaikan mama dan abah buat selama ini. Tak ada apa yang Hafiz boleh balas.

“Selepas mama dan abah pencen tahun lepas, saya selalu cakap dengan mereka. Tahun depan, haji tau. Doa banyak banyak.

image is not available

“Setiap kali saya menunaikan umrah, saya tak lepaskan peluang berdoa supaya ALLAH mengizinkan kemampuan untuk saya menjadi asbab Mama dan Abah menunaikan haji. Masya-ALLAH tahun ni ALLAH makbulkan,” titipnya.

Dalam pada itu, Hafiz yang menginsafi kesilapan mahu segera menebusnya selagi masa masih tersisa. Beliau hanya mahu dua insan keramatnya itu tersenyum dan gembira.

image is not available

“Demi ALLAH, saya tak berhenti berusaha selama ini. Siang dan malam. Syukur kerana hati dan akal ini ALLAH izinkan masih memikirkan tentang mereka.

“Umur mereka meningkat. Banyak saya buat mereka kecewa dahulu.

“Saya kena laju. Selagi masih sempat, senyuman mereka yang saya hendak lihat,” kongsi Hafiz yang telah berpeluang membawa kedua ibu bapanya mengerjakan umrah sebanyak dua kali.

image is not available
Menurut Hafiz, ibu beliau berangkat terlebih dahulu sebelum bapanya.

Warganet menitipkan doa agar ibadah haji ibu bapa Hafiz berjalan lancar di samping mengakui terinpirasi.

– “YA RAB, berkati umur orang tua kami, agar kami boleh membahagiakan keduanya. Terima kasih sudah banyak menginspirasi kami brother.”

– “Semoga semuanya selamat dan dapat ibadah dengan sempurna, sihat!”

– “Sebaknya tengok video. Semoga ALLAH memberkati perjalanan hidup kita semua, aamiin. Doakan saya one day boleh bawa mak ayah ke sana.”

– “Semoga satu hari nanti saya pun dapat bawa mak saya ke tanah suci.”

image is not available

Sebelum ini, pada hari pesaraan ibu sebagai matron, Hafiz telah memberi kejutan menghadiahkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi