“Doakan Peroleh Syahid” – Finaz Yunus Gusar Mesej Kenalan Di Gaza Masih Tak Berbalas

11 Oct 2023 • 10:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perang baharu Hamas dan Israel sejak Sabtu lalu telah mengundang rasa hiba seluruh umat Islam di dunia. Dilaporkan lebih 900 rakyat Palestin meninggal dunia dan 187,500 penduduk Gaza hilang tempat tinggal.

Terbaru, pengacara Finaz Yunus memaklumkan kenalannya di Gaza memohon doa semoga mereka semua dikurniakan syahid oleh Allah SWT.

image is not available

image is not available

Rakannya Amna Mohamed memberitahu ini mungkin perang terakhir buat dirinya dan keluarga. Di Gaza tiada lagi tempat berselindung selamat buat mereka kerana rejim zionis mengebom di setiap penjuru.

حسبنا الله ونعم الوكيل
حسبنا الله ونعم الوكيل
حسبنا الله ونعم الوكيل

ؓ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّـهَ مَعَنَا
“Do not grieve; indeed Allah is with us.” At Tawbah | Verse 40

Kurniakan kekuatan buat jiwa kami Ya Allah. Sehingga saat video ini dimuat naik, Amna masih tidak membalas segala mesej saya.

Tak dapat menahan emosi, Finaz memohon rakyat Malaysia menunaikan solat hajat mendoakan keselamatan Amna serta seluruh rakyat Palestin.

Sehingga hantaran dimuat naik, Amna masih belum membalas hantaran mesej daripada Finaz.

Kredit: Instagram Finaz Yunus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.