'Doakan saya, Bella' - Syed Saddiq

LocalEntertainment
6 Apr 2025 • 6:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Syed Saddiq Syed meminta orang ramai supaya mendoakan beliau serta pelakon dan penyanyi, Bella Astilah selepas ditanya pemberita hala tuju hubungan mereka berdua.

image is not available
Syed Saddiq dan Bella Astilah mencuri perhatian rakyat Kelantan apabila lebih 2,000 peminat terdiri daripada pelbagai peringkat umur hadir ke Majlis Perasmian Cik Bakes di Kok Lanas, Kota Bharu pada Ahad.

image is not available
Syed Saddiq dan Bella Astilah diterbangkan oleh pemilik Cik Bakes, Anis Arnisha (kiri) khas untuk pelanggan di negeri ini.

KOTA BHARU - "Doakan saya dan Bella."

Demikian luah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta orang ramai supaya mendoakan beliau serta pelakon dan penyanyi, Bella Astilah selepas ditanya pemberita hala tuju hubungan mereka berdua.

Menurutnya, beliau menunggu keputusan mahkamah pada 17 April nanti dan meminta para peminat untuk mendoakan pengakhiran yang baik.

**media[3073593]**

Sebelum itu, Syed Saddiq dan Bella Astilah mencuri perhatian rakyat Kelantan apabila lebih 2,000 peminat terdiri daripada pelbagai peringkat umur hadir ke Majlis Perasmian Cik Bakes di Kok Lanas di sini pada Ahad.

Kehadiran pasangan sejoli itu ditunggu oleh peminat seawal jam 11 pagi untuk melihat mereka lebih dekat.

**media[3073592]**

Syed Saddiq dan Bella Astilah diterbangkan oleh pemilik Cik Bakes, Anis Arnisha Mohd Rosdan khas untuk pelanggan di negeri ini.

Pasangan terbabit meluangkan masa sekitar tiga jam bergambar serta beramah mesra dengan orang ramai yang hadir ke majlis tersebut.