“Doakan Yang Baik-Baik”- Farid Kamil Tampil Beri Penjelasan

LocalEntertainment
29 Oct 2024 • 9:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon dan pengarah Farid Kamil telah membuka mulut berhubung kenyataan yang dibuat isterinya iaitu Diana Danielle berkaitan keputusan untuk menfailkan penceraian terhadapnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Farid Kamil telah membuat satu video menjelaskan bahawa dia mendengar segala perkhabaran yang tular di media sosial.

Dalam perkongsian tersebut Farid juga mengatakan bahawa dia masih sayangkan isterinya dan juga anak anaknya.

Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran tersebut dan macam seperti semua orang maklum saya sayangkan isteri, saya sayangkan anak-anak saya.

Ujarnya lagi, dia akan berusaha untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala. Farid juga meminta orang ramai agar mendoakannya.

Saya akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan keaadan kembali, Insyaallah. Doakan yang baik-baik.

Baru-baru ini, pelakon Diana Danielle tiba-tiba mengumumkan bahawa dia telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya iaitu Farid Kamil.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Diana berkata dia akan menfailkan penceraian terhadap suaminya.

Walaubagaimanapun, Diana memilih untuk tidak mendedahkan punca dan mengenai keputusan yang dibuat.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram @faridkamilz


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved