
Abang kepada Allahyarham Nur Farah Kartini dilihat menahan sebak semasa ditemubual wartawan ketika berada di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh.
Menerusi video yang dimuat naik Kosmo!, Mohd. Farriza Amir berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang banyak membantu mereka.
Beliau memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk Allahyarham Nur Farah Kartini dan keluarga yang tinggal.
Mengenai proses pengebumian pula, Farriza memaklumkan ianya akan dilakukan hari ini di Pekan Pahang selepas selesai solat asar.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat yang ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor Isnin lalu adalah Nur Farah Kartini Abdullah.
Mayat seterusnya akan diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.

Jap!
